Kerajaan Persekutuan Salur Geran Berjumlah RM39.74 Bilion Kepada 1MDB – Laporan Audit

19fea9c09b4717bc20758a1b67c19b8b63bbfd702b82c

KUALA LUMPUR, 15Okt (Iteenews) — Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan geran berjumlah RM39.74 bilion kepada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi tempoh 2019 hingga 2023.

Geran berkenaan adalahbertujuan untuk pelunasan prinsipal dan perbelanjaan lain termasuk faedah bon serta bayaran kupon, menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023.

"Selainpelunasan tersebut, Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan berjumlah RM9.46 bilion.

"Ia terdiri daripada sejumlah RM5.0 billion bagi prinsipalSukukIslamic Medium Term Notes (IMTN) yang akan matang pada Mei 27, 2039 dan RM4.46 bilion bagi bayaran kupon IMTN bagi tempoh 2024 sehingga 2039 (15 tahun 6 bulan)," kata laporan itu.

Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayarankupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.

Laporan itu turutmengesyorkan supayaKerajaan Persekutuan mendapatkan aset berkaitan syarikat 1MDB dan SRC International Sdn Bhd dari pelbagai pihak, termasuk dalam dan luar negara.

Kerajaan Persekutuan juga disyorkan untuk menggunakan dana tersebut bagi menampung perbelanjaan balik hutang syarikat 1MDB dan SRC serta perbelanjaanhutang lain.

"Ini kerana memandangkan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA) akan ditutup selewat-lewatnya pada 2028 seperti ditetapkan dalam Arahan Amanah AAMKA," kata laporan itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *