Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Persidangan Dewan Negara sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen, hari ini.
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Iteenews) — Secara dasarnya objektif strategik Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) telah dicapai apabila membangunkan dan melancarkan satelit penderiaan jauh mikro TiungSAT-1 pada 26 Sept, 2000.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkataATSB juga telah membangunkan satelit penderiaan jauh mikro RazakSAT yang dilancarkan pada 14 Julai, 2009 untuk membekalkan imej data lebih spesifik dan kerap.
“Daripada jumlah RM112.58 juta modal awal yang diterima daripada kerajaan, sebanyak RM25 juta telah dibelanjakan untuk pembinaan, pembangunan dan pelancaran satelit TiungSAT-1, RM80 juta untuk pembinaan, pembangunan dan pelancaran satelit RazakSAT manakala RM7.579 juta dibelanjakan untuk kos operasi ATSB,” katanya dalam teks ucapan penggulungan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Teks ucapan itu dibacakan oleh Menteri Belia dan SukanHannah Yeoh.
Amir Hamzah yang berada dalam persidangan itu tidak dapat membuat ucapan penggulungan kerana mengalami keradangan saluran kerongkong atau laringitis.
Isu pelupusan saham ATSBtermasuk nilai nominal saham berjumlah RM112.58 juta yang dijual hanyapada harga RM50,000 dibangkit oleh Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru).
Menteri Kewangan II juga berkata ATSBialah entiti yang bersifat strategik untuk pembangunan satelit dan bukan syarikat berasaskan keuntungan.
Beliau berkataJemaah Menteri, dalam mesyuarat pada 14 Ogos, 2019, telah bersetuju melupuskan pegangan saham kerajaan dalam ATSB kerana tiada lagi keperluan strategik bagi kerajaan Persekutuan untuk terus memiliki syarikat tersebut serta berperanan dalam agenda memperkasakan industri angkasa negara.
“Pelupusan saham ini dilaksanakan melalui proses tender terbuka, yang disertai oleh empat syarikat pada Notis Pelawaan Cadangan (RFP) pertama dan tiga syarikat pada RFP kedua,” katanya.