Kerajaan Hanya Pinjam Untuk Biaya Defisit Fiskal, Hutang Matang – Amir Hamzah

c6f2fc507f7293c5dedcb4ec7311ceff670e7465edc5eMenteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Iteenews) –Kementerian Kewanganhanya membuat pinjamanuntuk membiayai defisit fiskal dan hutang yang matang bagi sentiasa memastikan ia tidak meminjam secara berlebihan.

Menteri Kewangan IIDatuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata melalui konsolidasi fiskal secara tegas dan berperingkat, kerajaan berjaya mengekang peningkatan jumlah pinjaman bersih sekali gus mengurangkan pertumbuhan hutang.

Beliau berkatajumlah pinjaman Kerajaan Persekutuan pada2023 sebenarnya berkurang kepada RM226.595 bilion berbandingRM230.949 bilion pada 2022.

“Defisit fiskal berjaya dikurangkan secara konsisten. Jumlah pinjaman bersih dijangka terus berkurang iaitu dari RM99.4 billion pada 2022 kepada RM92.5 billion pada 2023.

"Trend ini dijangka akan terus berkurangan sekitar RM86 bilion pada 2024,” katanyadalam teks ucapan penggulungan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Teks ucapan itu dibacakan oleh Menteri Belia dan SukanHannah Yeoh.

Amir Hamzahyang berada dalam persidangan itu tidak dapat membuat ucapan penggulungan kerana mengalami keradangan saluran kerongkong atau laringitis.

Menteri Kewangan II itu juga berkatadaripada RM241.509 bilion yang dinyatakan di dalam LKAN 3/2024, sejumlah RM8.776 bilion merupakan premium bersih yang dilaraskan kepada Akaun Penyelesaian Premium/ Diskaun Sekuriti Kerajaan.

Sementara itu, RM6.138 bilion merupakan transaksi ‘switch auction’, iaitukaedah yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai strategi pengurusan hutanguntuk mengurangkan risiko pembiayaan semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *