MDEC Sasar Kerjasama Teknologi, Bandar Pintar Di GITEX Global 2024

ef506065368d10ffc768ee58d54d9c7263fc9dec80df4

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Iteenews) —Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berhubung denganMajlis Penyelidikan Teknologi Termaju (ATRC) Abu Dhabi untuk meneroka kerjasama dalam pendidikan dan pembangunan teknologi di Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global 2024.

Majlis yang terkenal dengan penyelidikan termaju dalam kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan serta kuantum itu,akan mewujudkan kerjasama dengan universiti Malaysia bagi menyepadukan modul teknologi canggih ke dalam kurikulum mereka, kata Ketua Pecutan Industri Digital MDEC Wan Murdani Wan Mohamad.

“Perkongsian ini dijangka akan menambah baik sistem pendidikan kita dan membuka pasaran Abu Dhabi kepada firma teknologi Malaysia.

“Kami membincangkan potensi untuk mencipta penyelesaian bersama dengan AI71, sebuah syarikat yang dibangunkan oleh majlis tersebut, ini membolehkan firma-firma digital Malaysia menangani permintaan dalam pasaran Emiriyah Arab Bersatu (UAE),”katanya kepada Iteenews selepas beberapa sesi pertemuan di GITEX Global 2024.

MDEC juga telah mengenal pasti penyelesaian bandar pintar sebagai salah satu pelaburan yang berpotensi, berikutan perbincangan dengan Jabatan Teknologi Maklumat (DIT) BandarMoscow.

Beliau menjelaskan delegasi Rusia akan melawat Malaysia pada November nanti untuk meneroka inisiatif bandar pintar selain mencari padananperniagaan dengan firma tempatan.

“Moscow agak maju dalam penyelesaian bandar pintardan kami teruja untuk melihat peluang yang menanti syarikat Malaysia.

“Delegasi mereka akan membawa beberapa syarikat ke Malaysia bagi pelaburan berpotensi termasuk perkongsian di perbandaran pintardan kami sedang bersiap sedia untuk memudahkan perkongsian ini,” katanya lagi.

Beliau seterusnya memberitahu perbincangan itu adalah sebahagian daripada misi MDEC yang lebih luas untuk mengukuhkan ekosistem digital Malaysia melalui kerjasama antarabangsa dan dijangka mampu meningkatkan infrastruktur bandar pintar negara serta mempercepatkan pertumbuhan sektor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *