PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberi peringatan tegas kepada pengguna agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.
KTMB menerusi satu kenyataan memaklumkan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab seorang penumpang yang menarik brek kecemasan ketika tren sedang bergerak.
“Disertakan video insiden yang berlaku pada 12 Oktober 2024 (Sabtu), di mana seorang penumpang tren ES9052 telah menarik brek kecemasan ketika tren sedang bergerak dan menyebabkan kelewatan tren selama 120 minit.
“Video ini dikongsi sebagai langkah kesedaran agar insiden seperti ini tidak berulang,” katanya menerusi perkongsian di Instagram hari ini.
Tegasnya, pengguna yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 122, Akta 715 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
“Mana-mana orang yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan yang disediakan oleh seseorang pengendali berlesen dalam mana-mana koc kereta api atau pada mana-mana tren kereta api boleh dikenakan tindakan denda.
“Apabila disabitkan, pesalah akan didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya,” katanya.- https://amiminerals.org/
View this post on Instagram