Belanjawan 2025 Ambil Kira Cadangan Pelbagai Industri, Rakyat Akar Umbi

1e4c49cff4d50f1faf00dd3029c97447670b35e070846 Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican (tengah) turut sama menyertai larian pada Acara Larian Kewangan 2024 di Dataran Wawasan, Persiaran Perdana, Presint 2 hari ini. bbd1ff10b22bca6647874c16a3982383670b35bd609d2 Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican menjawab pertanyaan media pada Acara Larian Kewangan 2024 di Dataran Wawasan, Persiaran Perdana, Presint 2 hari ini.

PUTRAJAYA, 13 Okt (Iteenews) — Proses libat urus Belanjawan 2025 telah dilaksanakan di semua negeri bagi memastikan kerajaan mengambil kira pandangan serta cadangan pelbagai pihak, industri dan rakyat di peringkat akar umbi.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood Merican berkata pihaknya kini dalam proses memuktamadkan ucapan dan langkah belanjawan yang akan diumum kelak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini (18 Okt). Beliautelah melaksanakan pelbagai libat urus dengan pihak berkepentingan. Pihak kami (kini) dalam proses memuktamadkan ucapan dan langkah belanjawan yang akan diumum kelak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas acara Larian Kewangan 2024 yang dianjurkan sempena Hari Sukan Negara, di sini, hari ini.

Johan berkata selainmengadakan majlis libat urus di Kementerian Kewangan, program tersebut turut dilaksanakandengan sektor elektrik dan elektronik (E&E) di Kulim, Kedah dansektor industri sawit di Ipoh pada minggu lepas.

Pada 7 Okt lepas, Anwar menerusihantaran di laman Facebook rasminya berkata Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada ikhtiar kerajaan agar Malaysia dapat menggapai wawasan kerangka Ekonomi MADANI.

Beliau berkata lebih banyak penambahbaikanstruktur ekonomi akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2026 untuk memastikan pertumbuhan pesat ekonomidapat dikongsi bersama rakyatsecara saksama.

Belanjawan 2025 bertemakan "Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera" itu adalah belanjawan ketiga yang digarap Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum menginjak ke RMKe-13 bagi tempoh lima tahun akan datang.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *