PETALING JAYA – Paras air di beberapa sungai di Sarawak, Johor, dan Kedah dilaporkan meningkat melepasi tahap bahaya susulan hujan lebat berterusan hari ini.
Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hampir kesemua sungai terbabit menunjukkan trend meningkat setakat pukul 5 petang tadi.
Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai, Johor mencatatkan bacaan sebanyak 18.6 meter (m) melebihi paras bahaya berbanding bacaan normal 18.1 m.
Di Kedah, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar dan Jambatan TAR pula masing-masing merekodkan bacaan 3.03 m dan 1.8 m melepasi tahap bahaya.
Sementara itu, di Sarawak, bacaan air di Marudi, Mir mencatatkan 3.79 meter dengan trend menurun.
Oleh itu, orang ramai terutamanya yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan berwaspada dan peka dengan keadaan semasa. – https://amiminerals.org/