PETALING JAYA – Umpama solidariti buat pelakon Fattah Amin, apabila para pengguna media sosial ‘berkampung’ di siaran langsungnya di TikTok malam ini.
Ini kerana siaran langsung yang dikatakan pertama kali dilakukan di aplikasi berkenaan telah ditonton lebih 49,000 pengguna dan mendapat lebih 26 juta tanda suka.
Malah, berdasarkan tinjauan Kosmo! di siaran langsung itu juga, pengguna turut menghadiahkan beratus ‘gift’ buat pelakon terbabit.
Menerusi live di aplikasi berkenaan, Fattah memaklumkan bahawa dia sempat menjenguk anaknya, Fatima walaupun sekejap.
Bagaimanapun katanya, anak tunggal perempuannya itu tidak sihat.
“Doakan Fatima agar cepat sembuh, kesian dia. Ingat esok nak bawa dia jalan-jalan, tapi tak dapat sebab dia masih tidak sihat.
“Daddy dah suruh Fatima makan ubat, harap dia cepat sembuh supaya lepas ini saya dapat bawak dia jalan-jalan,”katanya ketika bersiaran langsung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Fatima cepat sembuh dan Fattah boleh meluangkan masa bersama anaknya itu.
Sementara itu, di aplikasi X juga netizen turut meninggalkan komen dan reaksi ke atas siaran langsungnya itu dan ada yang sedih atas keadaan yang menimpa pelakon terbabit.
“Join live fattah amin pastu mata aku pun dah start barai,”tulis @faizredwan.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @afarefabadi.
“Fattah amin live kat tiktok. Tengok gaya dia live tu macam kali pertama live. Tapi 50k kot views dia. Lagi ramai dari views live perarakan hari kemerdekaan,”ujarnya.-https://amiminerals.org/