Kucing 2 kali jatuh dari tingkat tujuh 

CING

KUSHI masih hidup walaupun telah jatuh dari tingkat tujuh sebuah unit apartmen. – Foto SWNS/Feim Mehmed

BRUSSELS – Seekor kucing jantan masih hidup walaupun sudah dua kali terjatuh dari tingkap di tingkat tujuh sebuah unit apartmen di Brussels, Belgium, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kucing berusia dua tahun itu terpaksa dipakaikan balutan tuangan pada kedua-dua kaki hadapannya selepas terselamat akibat terjatuh dari balkoni unit apartmen tersebut pada April lalu.

Haiwan peliharaan bernama Kushi itu patah sebelah kaki, manakala yang lain terseliuh tetapi bernasib baik kerana tidak memerlukan pembedahan untuk kecederaannya.

Pemiliknya, Feim Mehmed, 28, yang bekerja dalam bidang pemasaran di Brussels berkata, dia keluar membeli-belah apabila Kushi terjatuh dari tingkap balkoni itu.

“Kaki depannya patah apabila kami menemuinya.

“Bangunan itu sangat tinggi dan saya menjangkakan Kushi cedera teruk tetapi kucing ini kelihatan baik-baik saja.

“Doktor haiwan menyatakan bahawa Kushi tidak memerlukan pembedahan erana tulangnya pulih dengan sendiri,” kata Feim.

Kucing itu pulih sepenuhnya dalam masa 21 hari sahaja. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *