JAKARTA – Seorang isteri mengherdik suaminya ketika lelaki berkenaan berselera makan nasi padang bersama kekasih gelapnya, lapor portal berita Banjarmasin Post hari ini.
Rakaman video berdurasi 90 saat entang kejadian itu dimuat naik di platform Instagram dengan menggunakan akaun @Folkshitt.
Video itu disertakan dengan keterangan bahawa si isteri mengherdik suami yang ketika itu begitu asyik dengan kekasih gelapnya.
Ketika kejadian, kedua-dua mereka sedang makan nasi padang.
Malah, lelaki berkenaan dan kekasih gelapnya tidak mempedulikan herdikan si isteri yang meluahkan rasa kesal dan penuh emosi.
Wanita itu turut berkata, si suami langsung tidak mempedulikan kehidupannya dan anak-anak selama tiga minggu.
Bagaimanapun, tidak diketahui tentang status perhubungan antara si suami dan isterinya selepas kejadian itu. – AGENSI