‘Influencer’ acah gadai telefon selepas borong makanan

geli borong

Tangkap layar menunjukkan bakul-bakul dan kotak berisi pelbagai makanan dan minuman. – TikTok

JAKARTA – Perbuatan seorang pesohor media sosial yang sengaja membuat kecoh di sebuah pasar raya di Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara demi ‘content’ mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Rakaman kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @rianoyan3 memaparkan remaja itu membawa lebih daripada tujuh bakul dan sebuah kotak ke kaunter pembayaran. 

Bakul dan kotak itu berisi pelbagai makanan dan minuman seperti makanan ringan, manisan, makanan sejuk beku dan lain-lain. 

Kejadian menjadi ‘panas’ apabila dia mahu membuat pembayaran dengan menggadaikan telefon bimbitnya. 

“Dia mahu menggadaikan telefon bimbitnya untuk membayar semua  barangan  yang diambil,” kata seorang kakitangan dalam video. 

Meskipun didesak untuk membayar secara tunai, dia tetap menolaknya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Suruh dia susun balik semua barang itu!” marah seorang netizen. 

“Kenapa borong macam-macam kalau tahu tak ada duit,” sindir netizen lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *