NETIZEN hari ini memang kreatif, kalau bukan komen lucu pasti ada sahaja konten dengan idea ‘luar kotak’ dihasilkan.
Paling mencuri perhatian Diva apabila ramai menghasilkan video berkaitan isu pemberian duit raya suami kepada isteri dan anak-anak.
Lucunya, mereka gunakan lagu raya sebagai muzik latar! Sakit perut gelak dengan perangai netizen yang galak mengutuk dan menyindir.
Tidak terfikir lagu raya dimainkan seawal ini, semuanya disebabkan Fazura.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mahu beri duit raya awal kepada pasangan masing-masing kerana risau menjadi punca pergaduhan kelak.
Beginilah lumrah media sosial hari ini, kalau tak mampu nak hadap perangai netizen, elak buat sebarang kenyataan yang makan diri atau beri impak terhadap kesihatan mental.
DIVA: Betul ke kisah cerai-berai artis buat ramai takut nak kahwin?