JAKARTA – Telefon bimbit keluaran terbaharu Apple, iPhone 16 dihalang kemasukannya ke pasaran Indonesia, lapor portal berita Tempo.co.
Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang Kartasasmita berkata, halangan berkaitan pelaburan menjadi punca larangan tersebut.
Beliau mendedahkan bahawa Apple masih belum memenuhi komitmen pelaburan bersama Indonesia dengan margin sebanyak 235 billion rupiah (RM64.65 juta).
Ini menyebabkan, katanya, persijilan komponen domestik produk atau TKDN masih belum dikeluarkan untuk syarikat tersebut.
Apple sebelum ini telah memperoleh pensijilan TKDN tetapi ia telah tamat tempoh.
Agus mendakwa bahawa proses memperbaharui sijil TKDN adalah bergantung kepada komitmen pelaburan tambahan Apple. – AGENSI