Makin ramai beli kenderaan, 799,000 pendaftaran direkodkan

WhatsApp Image 2024 10 10 at 15.52.51

HASBI pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Tadbir Urus Institut Pemandu Malaysia 2024 di MITC Ayer Keroh, Melaka. – Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Sebanyak 799,000 buah kenderaan baharu didaftarkan pada tahun lalu, sekali gus menjadi jumlah tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata, bagaimanapun dalam masa sama purata kes kematian akibat nahas jalan raya di Malaysia dilihat semakin membimbangkan dengan satu nyawa terkorban direkodkan berlaku setiap 80 minit.

“Berdasarkan statistik rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terdapat lebih 14 juta pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang aktif di negara ini dan pada tahun lalu sebanyak 799,000 kenderaan baharu didaftarkan.

“Namun, sebanyak 6,000 kematian nahas jalan raya direkodkan setiap tahun dan 70 peratus daripadanya melibatkan penunggang motosikal,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Tadbir Urus IM Malaysia 2024 di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Ujarnya, susulan statistik kematian itu, kesemua 245 institut memandu (IM) diamanah untuk melahirkan pemandu lebih berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan serta mengawal jumlah kematian yang tinggi sepanjang tahun. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *