Penambahbaikan ACM HRD Corp beri majikan lebih fleksibiliti

syed hussain2

Dr. Syed Hussain

PETALING JAYA – Langkah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) mengumumkan
penambahbaikan Matriks Kos Dibenarkan (ACM) baru-baru ini disambut baik ramai pihak.

Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, struktur yuran baharu membolehkan majikan lebih fleksibiliti dalam menjalankan program latihan termasuk kursus pembangunan profesional dan kursus modular yang lebih fleksibel.

“Kami juga percaya bahawa kenaikan siling yuran latihan HRD Corp akan membolehkan majikan menjalankan lebih banyak program latihan berkualiti tinggi dan bernilai tinggi yang memenuhi keperluan majikan,”katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh HRD Corp hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong baru-baru ini mengumumkan di bawah ACM, syarikat kini boleh menuntut yuran kursus latihan atau kursus berdasarkan kadar bagi setiap jam berbanding sebelum ini yang melibatkan struktur setengah hari atau sehari penuh, sekali gus membolehkan majikan mendapat manfaat daripada program lebih singkat.

HRD Corp juga menaikkan had yuran kursus sehingga RMI,500 sejam atau RMI0,500 sehari berbanding had sebelum ini pada RM6,000 sehari.

Presiden Persatuan SME Malaysia, Chin Chee Seong turut memuji Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp atas inisiatif yang akan menyokong pembangunan berterusan tenaga kerja perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Menurut beliau, pengenalan tuntutan mengikut jam untuk program latihan amat bermanfaat untuk PKS kerana ia memastikan latihan boleh dilakukan tanpa mengganggu operasi harian, menghasilkan usaha peningkatan kemahiran yang lebih kos efektif dan disasarkan.

“Kenaikan siling bagi yuran kursus boleh dituntut membolehkan majikan mengakses kursus berkualiti tinggi dan premium yang sebelum ini tidak boleh diakses, memupuk daya saing yang lebih besar dalam pasaran tempatan dan global,”katanya.

Presiden Persatuan Penyedia Latihan Bumiputera Malaysia (MBTA), Azman Shah Aziz pula percaya inisiatif itu sejajar dengan keperluan tenaga kerja moden dan memupuk ekosistem pembelajaran yang fleksibel serta berkualiti tinggi di Malaysia.

Ujar beliau, fleksibiliti itu adalah penting dalam pasaran yang pantas dan dipacu kemahiran semasa di mana program latihan yang singkat dan disasarkan menjadi semakin berharga.

“Peningkatan dalam kadar boleh dituntut harian memastikan majikan boleh mengakses pilihan program latihan peringkat tinggi yang lebih luas. sambil turut menyokong penyedia latihan dalam menyampaikan perkhidmatan premium,”katanya.

Pengumuman penambahbaikan ACM turut disokong oleh Malaysia’s Chapter Leader of the International Association of Coaching (IAC), Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS) dan Malaysian Association of Training Providers (MATPRO) – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *