Lelongan tengkorak Naga dibatalkan

aNAGA

Tengkorak bertanduk Naga turut ditarik balik dari lelongan. – X

LONDON –  Firma lelongan berpangkalan di Britain, Swan Fine Arts menarik balik lelongan  22 tengkorak manusia dan kepala kecut lain semalam selepas menerima kecaman orang ramai, lapor laman berita Times of India.

Objek-objek itu berasal daripada pelbagai komuniti di seluruh dunia termasuk tengkorak bertanduk digelar Naga dari abad ke-19.

Swan Fine Arts dalam katalognya menandakan 22 item tersebut sebagai ‘ditarik balik.’

Tengkorak manusia yang dinamakan Naga sebelum ini dilabelkan sebagai ‘Jualan Pengumpul Ingin Tahu’.

Ia digambarkan sebagai karya seni yang akan menarik pengumpul yang meminati bidang antropologi dan budaya suku kaum.

Pengarah Muzium Pitt Rivers yang berpangkalan di Oxford, Laura Van Broekhoven berkata, lelongan objek tersebut sama sekali tidak beretika dan bermasalah untuk banyak komuniti seluruh dunia.

“Hakikatnya, cara objek-objek itu dikumpul amat menyakitkan, dan kemudian ia dilelong. Ia adalah perbuatan tidak bertimbang rasa dan tidak menghormati (individu),” ujarnya. – AGENSI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *