Taikun Tata, Ratan Tata meninggal dunia

Ratan Tata

Gambar fail Ratan Tata. – Foto AFP

NEW DELHI  – Taikun India, Ratan Tata meninggal dunia pada usia 86 tahun, kata Kumpulan Tata iaitu konglomerat yang dipimpin mendiang selama lebih dua dekad, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Ratan ialah salah seorang pemimpin perniagaan India paling diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kumpulan Tata pula merupakan antara syarikat terbesar di India dengan pendapatan tahunan lebih AS$100 billion (RM429.2 bilion) .

Dalam satu kenyataan yang mengumumkan kematian Ratan, pengerusi Tata Sons menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang benar-benar luar biasa.

Natarajan Chandrasekaran berkata: “Legasi Ratan akan terus memberi inspirasi kepada kami ketika kami berusaha untuk menegakkan prinsip yang beliau perjuangkan dengan penuh semangat.” 

Semasa memegang jawatan sebagai pengerusi Kumpulan Tata, Ratan melakukan beberapa pengambilalihan berprofil tinggi seperti syarikat pembuat keluli Corus, jenama kereta Jaguar dan Land Rover yang berpangkalan di United Kingdom serta Tetley iaitu  syarikat teh kedua terbesar di dunia. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *