Pharmaniaga Lantik EY Sebagai Juruaudit Luar Baharu

3a43c671c1011ae6a6805e4b9821f47e620e29cfc17f1

KUALA LUMPUR, 10 Okt(Iteenews) –Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) melantik Ernst & Young (EY) sebagai juruaudit luar baharunya, berkuat kuasa 9 Okt 2024.

Syarikat Nota Amalan 17 (PN17) itu berkata EY menggantikan PricewaterhouseCoopers (PwC), yang meletak jawatan susulannotis bertulis rasmi yang diserahkankepada kumpulan itu pada 20 Sept 2024.

Pengarah Urusan Pharmaniaga Zulkifli Jafar berkata pelantikan itu sejajar dengan inisiatif seluruh kumpulan Boustead Holdings Bhd untuk menyatukan fungsi audit luaran oleh juruaudit.

“Memandangkan EY sudah biasa dengan operasi dan perniagaan kami, mereka adalah pilihan yang wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Zulkifli berkata ketikaPharmaniaga meneruskan inisiatif strategik dan rancangan perniagaannya, pelantikan EY akan memastikan penjajaran yang lancar merentas semua anak syarikat dalam kumpulan Boustead.

Pharmaniaga adalah salah satu kumpulan farmaseutikal bersepadu terbesar di Malaysia.

Laporan tahunannya bagitahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (Tahun Kewangan 2023) menunjukkan Boustead memegang 679.15 juta saham atau 47.12 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *