Kredit : Fb Tan Sri M Ramasamy
IPOH, 10 Okt (Iteenews) — Barisan kepimpinan baharu MIC Perak dilihat mampu mencetusperubahan mampan dari segi politik serta pembangunan masyarakat, kata Pengerusi MIC Perak Tan Sri M. Ramasamy.
Ramasamy berkatakesemua ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan pemimpin akar umbi parti yang peka akan nadi dan naluri masyarakat.
“Pelantikan inidibuat setelah berbincang dan mendapat mandat daripada Presiden MIC Tan Sri Dr SA Vigneswaran.
“Mereka berkecimpungdalam arena politik dengan ciri-ciri kepimpinan sertakomited membawa perubahan positif terhadap hala tuju dan masa hadapan masyarakat India di Perak," katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu, Ramasamy yangdilantik sebagai Pengerusi MIC Perak bagimenggantikan Datuk V. Elango bagi penggal 2024-2027 pada Ogos lepas, mengumumkan barisan Ahli Jawatankuasa MIC Perak bagi penggal sama dalam satumajlis di sini semalam.
Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa MICPerak bagi sesi 2024-2027:
Pengerusi: Tan Sri M. Ramasamy
Timbalan Pengerusi: M. Veeran (Taiping)
Setiausaha: G. Shanmugiavalloo (Bukit Gantang)