Perak bincang dengan hotel isu daftar masuk pukul 4 petang

PERAK DAFTAR MASUK HOTEL

Sandrea (dua dari kiri) pada sidang akhbar Perak Pawsitive Initiative- Program Pemandulan Kucing Bersubsidi@Tanjong Malim, di Bangunan Perak Darul Ridzuan semalam.

IPOH – Kerajaan negeri Perak masih lagi berbincang dengan pemain industri berkenaan penetapan sebarang syarat atau peraturan berhubung penetapan masa daftar masuk dan keluar bagi hotel atau inap desa.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, perbincangan dengan pengurusan persatuan hotel itu adalah untuk melihat sama ada terdapat keperluan untuk menetapkan masa standard bagi daftar masuk dan keluar untuk premis berkenaan.

Beliau memaklumkan, perkara itu perlu dibincangkan supaya ia tidak memberi impak terhadap kemasukan pelancong ke Perak.

“Walaupun kerajaan negeri telah meluluskan Enakmen Hotel Perak 2023 pada tahun lalu, ia hanya memfokuskan kepada beberapa aspek antaranya keselamatan, kebersihan dan pengoperasian namun tidak termasuk penetapan waktu operasi daftar masuk dan keluar premis tersebut.

“Kalau waktu untuk operasi (daftar masuk dan keluar), memang kerajaan (negeri) setakat ini tak ada menetapkan apa-apa syarat sebab ia bergantung pada pengusaha (hotel) sama macam restoran,”katanya pada sidang media Perak Pawsitive Initiative- Program Pemandulan Kucing Bersubsidi@Tanjong Malim, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini semalam.

Katanya lagi, waktu pengusaha hotel ingin buka atau tutup itu masing-masing punya strategi dan ‘positioning’. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *