Barangkali lebih ramai bakal tersungkur sebelum penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) berjaya direalisasikan. Demikian antara keluh kesah sebahagian pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing sejak kebelakangan ini. Menelusuri dampak keresahan mereka dapatlah difahami bahawa industri gig di Malaysia kian menekan para penggiatnya. Persaingan semakin tinggi dianggap lumrah, namun kadar bayaran diterima kian rendah merimaskan lagi membebankan. Pendapatan penggiat e-hailing dan p-hailing berkurangan sementara syarikat pengendali sukses mengekalkan keuntungan. Berdasarkan anggaran terdapat lebih 200,000 penghantar p-hailing dan lebih 100,000 pemandu e-hailing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya