Asia International Exchange Labuan Lancar Platform Aset Digital

6187816a25c91fa97ea2131d0ed1fbd9670659792e4d1 Kredit foto: Muqtadir Halim 59e9dd232300e5b0370aea970ce22fc267067ba9e8630 Kredit foto: Muqtadir Halim 132ebcedbee0e8a1e51cb7d8d113f0ea67067bd26e538 Kredit foto: Muqtadir Halim fb58e1a02ecca6e637dfa8812ecc7a6467067c0030420 Kredit foto: Muqtadir Halim

LABUAN, 9 Okt(Iteenews) –Asia International Exchange (AIX)mencatat peristiwa penting hari ini apabila menyempurnakan prapelancaran platform aset digitalnya yang menjadikan Labuan sebagai hab teknologi kewangan (fintech) utama di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AIX Investment Group Company Ltd Roslan Ahmad berkata platform digital itu menunjukkan komitmen AIX untuk merevolusikan pasaran kewangan dengan urus niaga yang selamat, telus dan cekap melalui teknologi canggih.

“AIX mewakili lonjakan yangmenyepadukan teknologi blockchain dan sistem dipacu AI untuk menawarkan akses kepada rangkaian luas produk kewangan, daripada mata wang kripto kepada aset-aset token.

“Visi kami adalah untuk menjadikan Labuan sebagai peneraju teknologi kewangan globaldan pelancaran hari ini merupakan langkah penting ke arah merealisasikan matlamat itu,” katanya pada prapelancaran platform itu di sini hari ini.

Platform itu dilancarkan oleh Pengerusi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (IBFC) Datuk Iskandar Mohd Nuli.

Roslan berkata agenda penting dalam acara itu ialah pengenalan SedeqahTech, satu lagi platform inovatif yang menggabungkan fintech dengan pemberian amal.

“Menggunakan teknologi blockchain, SedeqahTech memastikan ketelusan dalam derma dan menawarkan cara yang mudah untuk pengguna menyumbang kepada zakat, sedekah, infaq dan wakaf.

“Pada mulanya, platform itu akan bekerjasama dengan Rumah Zakat Indonesia dan Yayasan Wakaf Antarabangsa Khadijah (KIWF) bagi membolehkan kutipan zakat global, memacu pemerkasaan komuniti dan pembangunan mampan melalui kewangan Islam.

Beliau berkata SedeqahTech berpotensi untuk mengubah cara kewajipan ajaran Islam dipenuhi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *