Penambahbaikan Matriks Kos Dibenarkan Hrd Corp Pacu Daya Saing, Produktiviti – FMM

8205b6a3eb20d466bb5df5323de9cb10664ab0948f7f0Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Iteenews) — LangkahPerbadanan Pembangunan Sumber Manusia(HRD Corp) mengumumkan penambahbaikan Matriks Kos Dibenarkan (ACM) baru-baru ini, dapat memacu daya saing dan produktiviti industri Malaysia, kataPersekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia(FMM).

Pengerusi FMMTan Sri Soh Thian Lai berkata tindakan memudahcaraakses bagi program-program pembangunan kemahiran secara berterusan akan turut membantu syarikat-syarikat pengeluaran memastikan tenaga kerja mereka kekal tangkas dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan berkaitan.

“Ini akan mendorong manfaat sepertipeningkatan kecekapan, kualiti produk yang lebih baik serta peningkatan daya saing di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.

MenteriSumber Manusia Steven Sim Chee Keong baru-baru ini mengumumkan di bawah ACM, syarikat kini boleh menuntut yuran kursus latihan atau kursus berdasarkan kadar bagi setiap jam berbanding sebelum ini yang melibatkan struktur setengah hari atau sehari penuh, sekali gusmembolehkan majikan mendapat manfaat daripada program lebih singkat.

HRD Corp juga menaikkan had yuran kursus sehinggaRM1,500 sejam atau RM10,500 sehari berbanding had sebelum ini pada RM6,000 sehari.

“Kesemua perubahan ini membolehkan majikan memanfaatkan program latihan lebih singkat,khusus dan lebih mahal bagi meningkatkan kemahiran pekerja seiring dengan perubahan keperluan pembangunan kemahiran dan transformasi digital secara berterusan," kataSoh.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *