–fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Iteenews) –Malaysia disenaraikan antara 20 pasaran utama atau tertinggibagi keterangkuman kewangan berdasarkan analisis global membabitkan 40 pasaran menerusi Indeks Keterangkuman Kewangan Global 2024.
Kajian indeks berkenaan telah dijalankan oleh Principal Financial Group menerusi kerjasama dengan CentreforEconomicsandBusiness Research (CEBR).
Dalam kenyataan bersama hari ini, dua pihak terbabit menyatakan aspek keterangkuman kewangan telah meningkat di serata dunia bagi tempoh dua tahun berturut-turutdengan semua rantau mencatat kemajuan.
“Ketika cabaran ekonomi menyukarkan perniagaan dan isi rumah mendapat akses terhadap pinjaman tahun ini, sektor awam dan swasta telah tampil membantu masyarakat yang menghadapi kemerosotan kewangandengan 32 daripada 41 pasaran (78 peratus) mencatat peningkatan skor keterangkuman kewangan bagi tahun ke tahun,” kata kenyataan itu.
Selain itu, Malaysia meningkat satu anak tangga kepada kedudukan ke-28 bagi aspek tahap pendidikan dan menokok empat tempat kepada kedudukanke-26 bagi tahap literasi kewangan selain kekal di tempat ke-16 untuk sokongan sistem kewangannya.
Pada masa sama, Malaysia turut mencatatpeningkatan dalam kewangan digital dengan penambahbaikan ketara dalam skorjumlah transaksi kewangan masa nyata sertakehadiran dan kualiti syarikat teknologi kewangan (fintech) selain skorketersambungandalam talian yang turut meningkat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management MalaysiaMunirah Khairuddin berkata Malaysia dan Indiatelah menjadi penerima manfaat ekonomi relatif susulan penguncupan ekonomi China.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah mendapat manfaat dengan mengambil sebahagian daripada kapasiti tenaga kerja China manakala harga komoditi yang lebih tinggi telah meningkatkan pasaran eksportnya.
"Apa yang terus konsistendan kami melihatnya sebagai pola sekular adalah kemajuan berterusansistem kewangan berdasarkan pelaburan berterusan dalam pendigitalan yang mana pasaran di Asia Tenggara bangkit sebagai penerajudunia," katanya.