Menteri Digital Gobind Singh Deo (Gambar fail)
KUALA LUMPUR, 9 Okt(Iteenews) — Malaysia kini di landasan tepat bagi menguasai bahagian penting dalam pasaran digital global, seiring jangkaan ekonomi digital negara menyumbang25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun depan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata sebagaimana unjuran syarikat penyelidikan,Forrester, ekonomi digital global bakal mencecahUS$16.5 trilion (US$1=RM4.280) menjelang 2028.
“Kita mencatat23.5 peratus daripada KDNK tahun lepas dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kita mesti berusaha untuk mencapai 25.5 peratus.
“Daripada apa yang kita lihat dalam tempoh lapan bulan lepas, saya yakin kita bukan setakat mampu mencapai sasaran itu tetapi turut melepasi sasaranditetapkan,”katanya ketika berucap pada majlis makan malam tahunan Majlis Perniagaan Malaysia-India (MIBC) di sini, hari ini.
Gobind berkata sentimen optimis itu didorong daripada kejayaan negara memperoleh beberapa pelaburan daripada syarikat gergasi teknologi termasuk Amazon Web Services (AWS), Intel, Google, ByteDance, Nvidia, Meta dan Oracle.
“Syarikat-syarikat ini dan firma lainmelabur berbilion-bilion dolar Amerika Syarikat (AS) untuk memulakan atau mengembangkan lagi perniagaan mereka di sini, terutama membabitkan pusat data dan industri semikonduktor.
“Kalangan pelabur antarabangsa percayadan ada keyakinan terhadap Malaysia kerana dasar yang mesra perniagaan, kerajaan stabil, infrastruktur yang baik sertalokasi strategik," katanya.
Bagi melonjakkan lagiekonomi digital Malaysia dan kesan limpahannya, kementerian turut memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama — membantu pembangunan infrastruktur, mewujudkan daya tahan digital sertamembangunkan bakat.
Namun, Gobind menegaskan usaha itu tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata.