Naib Eksekutif Presiden Mitsubishi Power Takao Tsukui menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran pembukaan Enlit Asia 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 Okt(Iteenews) –Negara-negara Asia mesti menangani dua isu penting iaitu perubahan iklim dan permintaan tenaga yang semakin meningkat bagi memenuhi cita-cita ekonomi mereka, kata Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi PowerTakao Tsukui.
Beliau berkata pentingnya untuk menangani perubahan iklimterutamanya di Asia, yang baru-baru ini dilanda cuaca ekstrem seperti hujan lebat dan taufan.
"Infrastruktur tenaga kitaakan menjadi kunci dalam menangani perubahan iklim. Bagaimanapun, pelancaran tenaga baharu dan dalam bentuk yang lebih bersih mesti bertindak lebih daripada sekadar menggantikan infrastruktur sedia ada.
"Ia juga mesti seiring dengan permintaan tenaga yang semakin meningkat, yang berkembang bersama-sama dengan ekonomi Asia. Teknologi baharuseperti pusat data dan kecerdasan buatan (AI), amat intensif tenaga," kata beliau dalam ucapan pembukaannya di Enlit Asia 2024, di sinihari ini.
Tsukui berkata Malaysia telah mendapat banyak manfaat daripada sumber tenaga tradisional. Tetapi, seperti kebanyakan yang lain, ia mengakui kepentingan mendesak perubahan iklim dan komited untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, dengan 70 peratus tenaganya diperoleh daripada sumber yang boleh diperbaharui.
Beliau berkata cabaran biasa yang dihadapi oleh kebanyakan negara Asia ialah mengimbangkan peralihan tenaga dengan permintaan yang meningkat didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
“Tiada satu negara atau syarikat yang dapat mencapai matlamat tenaga secara sendirian. Namun, ia boleh dicapai dan sebabitu kita mesti bekerjasama merentasi sektor, rantau dan sempadan,” tambahnya.
Mitsubishi Power adalah jenama penyelesaian tenaga daripada Mitsubishi Heavy Industries Ltd.
— BERNAMA