Tan Sri M. Ramasamy
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Iteenews) — MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranyaBendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.
Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Iteenews berkata jawatan Bendahari Agung MIC kini digantikan dengan Datuk N. Sivakumar yangjuga memegang jawatan Ketua Bahagian MIC Segambut.
"Semua individu yang dilantik iniakan memainkan peranan penting dalam pemerkasaan parti,berkuat kuasasemalamhingga pemilihan parti akan datang yang dijangka pada 2027," katanya.
Beliau turut mengesahkan beberapa pelantikan lain termasukKetua Penerangan yang kini disandang Datuk AK Ramalinggam, Pengerusi Bangunan MICDatuk N. Rawisandran,Setiausaha OrganisasiDatuk N. Muneandy dan Setiausaha EksekutifDatuk Dr AT Kumararajah.
Selain itu, bekas Ketua Penerangan MIC Datuk R. Thinalan diberi peranan baharu sebagai Pegawai Strategi Nasional manakala Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC)L. Siva Subramaniam dilantik Pengerusi Biro Media Kebangsaan.
Pada awal Ogos lepas, Vigneswaran telahmembuat lantikan baharu bagi jawatanSetiausaha Agung MIC yang kini dipegang oleh Datuk DrS. Ananthan yang merupakan pengerusi MIC Kedah.