Penceroboh tidak dijumpai, Rapid KL susun kembali jadual

LRT

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Selepas lebih dua jam mencari penceroboh trek, Rapid KL memaklumkan penceroboh tersebut tidak dapat dikesan.

Rapid KL melalui kenyataan di laman sosial rasmi mereka berkata, perkhidmatan tren laluan Kelana Jaya menerusi perkhidmatan dari Masjid Jamek dan Bangsar akan kembali pulih.

“Kekerapan tren sedang diselaraskan dan jadual perjalanan akan kembali normal sebentar lagi.

“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,”tulis kenyataan tersebut sebentar tadi.

Terdahulu, Rapid KL mengumumkan tren mereka mengalami gangguan perkhidmatan di antara Masjid Jamek dan Bangsar disebabkan pencerobohan trek. – https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *