Wanita rakam video mencuri di pasar raya

Curi raya1

SEORANG pembeli menunjukkan cara dia mencuri di pasar raya Walmart. – Foto TikTok/ohthatsnesh

WASHINGTON  – Seorang pelanggan pasar raya Walmart mencetuskan kemarahan orang ramai kerana  merakam  video dia mencuri di kaunter pembayaran sendiri, lapor portal berita MailOnline semalam.

Wanita yang menggunakan Nesha di platform TikTok itu menyiarkan video dia menggunakan taktik ‘imbasan palsu’ di kaunter pembayaran sendiri yang tidak diawasi pekerja.

Namun, Nesha tidak menyedari teknologi baharu Walmart akan menangkap pencuri sepertinya.

Dia ditangkap oleh seorang pekerja ketika mahu mencuri beg galas, menyebabkannya dilarang daripada membeli-belah di Walmart selama dua tahun. 

Nesha juga mungkin menghadapi tindakan polis.  

Ramai netizen terkejut dengan perbuatan wanita itu tetapi ada yang mengaku berjaya mengelak daripada membayar untuk satu atau dua barangan di kaunter pembayaran sendiri. 

Walmart bagaimanapun telah membuat usaha baharu untuk membanteras kegiatan mencuri di kaunter pembayaran sendiri dengan memperkenalkan kod bar yang tidak kelihatan. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *