DAP Tidak Pernah Cadang Kerajaan Perpaduan, Selesa Sebagai Pengimbang Di Johor – Loke

840b0c817d12991c851228914a5c8c4e670269c4bb54d— fotoBERNAMA (2024)

JOHOR BAHRU, 6 Okt (Iteenews) — DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata tanggungjawab itu dipandang serius sekali gus menjunjung titah Sultan JohorSultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 2023supaya gelaran pengimbang digunakan kepada wakil rakyat pembangkang.

"Pendirian DAP, kita tidak pernah cadang penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor. Ini kerana kita terima hakikat bahawa kerajaan negeri Johor ditubuhkan sebelum Kerajaan Persekutuan.

"Kita tak nak mengganggu perjalanan kerajaan dan saya tidak mahu sulitkan keadaan. DAP tak pernah minta kerusi atau jawatan dalam kerajaan negeri dan tidak mengemis jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen DAP Johor di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Johor yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong .

Sehubungan itu, Loke yang juga Menteri Pengangkutan meminta polemik kononnya Pakatan Harapan (PH) Johor mahu Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor dihentikan semua pihak.

"Di Johor, DAP memiliki 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Mereka mainkan peranan sebagai pengimbang yang menyokong kerajaan negeri pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi (Menteri Besar Johor) dengan baik.

"Masing-masing ada peruntukan dan turut dipelawa menyertai Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah. Jadi tiada polemik, sebaliknya kita harus fokus memajukan Johor kerana banyak projek bertumpu di sini. Secara tidak langsung kita akan memajukan negara," katanya.

Kerajaan Johor dibentuk selepasPilihan Raya Negeri (PRN) pada Mac 2022, sebelum penubuhankerajaan Perpaduan ekoran keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *