Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abang Johari Tun Openg (lima, kanan) semasa merasmikan Konvensyen Belia PBB di sini hari ini.
SIBU, 6 Okt (Iteenews) — Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon muda daripada Sayap Belia yang baharu ditubuhkan parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN)akan datang.
Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata syaratnyacalon itu hendaklah mempunyai kebolehan danditerima oleh semua pihak terutama sekali pengundi.
“Kalau ini dapat dipenuhi tidak kira latar belakang ataupun tempat, jika masyarakat dapat terima mereka kenapa tidak kita letakkan mereka (sebagai calon),” katanya kepadapemberita selepas merasmikan Konvensyen Belia PBB di sini hari ini.
Beliau berkata pada setiap pilihan raya30 peratus calon yang diketengahkan PBB mestilahmuka baru danmuka lama yang berpengalamanhendaklah bekerjasama dengan muka baru ini.
Bagaimanapun, beliau yang juga PengerusiGabungan Parti Sarawak (GPS) berkata golongan belia PBB perlu dilatih secukupnya agar dapat berinteraksi dengan baik dengan masyarakat di Sarawak yang diketahui mempunyai latar belakang majmuk.
Abang Johari meminta golongan mudaini tidak terlalu ghairah untuk bergerak cepat dalam bidang politik selainmengelakdaripada menjadi terlaluekstrem hingga sanggup menggunakan agama bagimendapatkan sokongan.
“Itu sesuatu yang bahaya. Apa yang penting adalah untuk menjaga keamanan negeri Sarawak,” katanya sambil menambahpemimpin baru perlubijak menjaga apa yang akan berlaku di masa hadapan dengan menimba sebanyak mungkin pengetahuan dalam bidang teknologi untuk membanturakyat.
Beliau menyifatkan penubuhan Sayap Belia PBB detik bersejarah kepada politik Sarawak keranamemberiruang untuk belia berusia 18 hingga 28 tahun menjadi ahli PBB dan dapat menyumbang ke arah bukan sahaja pembangunan PBB malahGPS.
Abang Johari berkata penyertaan belia dalam sayap tersebut akan menjadi satu bentuk ‘latihan amali’ dalam sebuah badan korporat untukmereka menimba ilmu dan menyumbang kepada Sarawak seterusnya Malaysia.