BANGKOK – Seorang pemilik rumah di Chiang Rai menghubungi pasukan tentera untuk membantunya mencari seutas rantai emas yang tertimbus di bawah tanah runtuh, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Selepas lebih enam jam menggali, seorang askar akhirnya menemui rantai itu dan mengembalikannya kepada pemilik berkenaan.
Anggota-anggota tentera menggali di tengah-tengah rumah yang dipenuhi lumpur itu tanpa jemu bagi mencari barang berharga tersebut.
Satu rakaman video yang dikongsika di platform TikTok merakam detik-detik kegembiraan dan kelegaan apabila rantai emas itu ditemui.
Selepas video itu dikongsi di media sosial, ia dengan pantas mendapat komen positif daripada ramai netizen yang memuji dedikasi dan ketabahan anggota tentera serta usaha murni mereka. – AGENSI