Menteri Ekonomi Rafizi Ramli
KOTA KINABALU, 5 Okt (Iteenews) — Rakyat perlu memahami bahawa Malaysiaadalah negara yang mengamalkan perdagangan terbuka dan terdedahkepada kesan daripada ketidaktentuanekonomi dunia, kataMenteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Bagaimanapun, katanya mengamalkan perdagangan terbukamempunyai kelebihannya apabila Malaysia menjadi antara 20 negara perdagangan terbesar di dunia.
“Oleh itu, sebagai sebuah negara perdagangan, hasil kita sebenarnya bergantung kepada barangan yang dieksport sama ada elektronik, sawit, petroleum dan sebagainya.
“Kita akan terus terdedah kepada perkarayang berada di luar kawalan kita,”katanyakepada pemberita selepasmerasmikan Pejabat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada ekonomi Malaysia akan terjejas ekoran ketidaktentuan ekonomi global pada masa ini.
Rafizi,yang juga Timbalan Presiden PKR berkatawalaupun Malaysia tidak ada kaitan secara terusdengan isu kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, ekonomi Malaysiaboleh dipengaruhi kerana mengamalkan perdagangan terbuka.
“Contohnya peperangan di Ukraine dan Gaza (Palestin) akan memberi kesan. Terbaharu, serangan Israel ke atas Lubnan, kemudian serangan balas Iran ke atas Israel dan sekarangdunia sedang menunggu apa tindak balas Israel.
“Setiap kali ada pergolakan geopolitik,pengurus dana di seluruh dunia perlu ambil tindakan untuk melindungi pelaburan mereka.
“Apabila ada konflik, amalan biasa pengurus dana ialah mereka akan memindahkan wang daripada instrumen pelaburan sedia ada kepada instrumen tradisional, konvensional dan paling selamat seperti emas,” katanya.