Kerajaan Mahu Syarikat Teknologi Tempatan Kembang Perniagaan Di Malaysia – Gobind

7ea3c3af501cb334068059ace4978b1b66fff681c8149 Menteri Digital Gobind Singh Deo berucap pada Majlis Rangkaian DIGERATI50 di sini hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA c3f83e98651e3161cc96e196d6331b3c66fff664c08b1 Menteri Digital Gobind Singh Deo (kiri) menerima cenderamata daripada Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview Sdn Bhd Kamarul Ariffin Abdul Samad pada Majlis Rangkaian DIGERATI50 di sini hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

CYBERJAYA, 4 Okt (Iteenews) — Pelaburan asing mencatatkan lonjakan dalam ekonomi digital Malaysia, justeru kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi tempatan mengambil peluang tersebut dan mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata satu daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk merealisasikan aspirasi itu ialah inisiatif Gateway, Amplify, Invest & Nurture (GAIN) oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

GAIN bermatlamat untuk memacu program akses pasaran bagi syarikat teknologi Malaysia melalui padanan perniagaan kepada perniagaan dan aktiviti rangkaian dengan penggiat ekosistem teknologi global.

“Sejak 2017, GAIN telah mengakses pasaran terhadap lebih 26 negara. Ia telah menyaksikan penglibatan lebih 150 syarikat teknologi Malaysia dan menganjurkan lebih 1,000 mesyuarat perniagaan satu dengan satu.

“Berikutan kemudahan langsung menerusi GAIN, kita telah menyaksikan perolehan sebanyak RM31.9 bilion dari 2017 sehingga kini, dan eksport bernilai RM11.2 bilion,” katanya dalam ucapan pada acara Koktel DIGERATI50 Networking di sini hari ini.

Gobind berkata ekonomi digital dijangka berperanan penting dalam keseluruhan ekonomi Malaysia berikutan ia diunjurkan menyumbang sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara menjelang akhir tahun depan.

Beliau berkata Malaysia berada di landasan yang betul dalam mencapai sasaran itu, seperti yang dicerminkan menerusi peningkatan dalam pelaburan digital kepada RM66.22 bilion pada separuh pertama tahun ini, melebihi RM46.2 bilion pada 2023.

“Pelaburan ini bergantung kepada daya tahan dalam bidang digital. Walaupun kecerdasan buatan (AI) generatif, sebagai contoh, boleh membawa banyak manfaat kepada ekonomi dan masyarakat, kita juga perlu memastikan teknologi sedemikian dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Gobind berkata sejak sekian lama, Cyberjaya berjaya mewujudkan ekosistem teknologi, dengan syarikat yang terlibat boleh berkembang maju di bawah projek Koridor Raya Multimedia (MSC).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *