Belanjawan 2025 Akan Beri Tumpuan Kepada Inflasi, Naikkan Gaji – PM Anwar

15bf130ae24545a6b8f91661f24ac599638355e10bd75

KUALA LUMPUR, 5 Okt(Iteenews) –Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun harga barangan seperti minyak masak, petroldan tepung lebih murah di Malaysia berbanding negara serantau, masih terdapat keperluan untuk memberi tumpuan kepada menaikkan tahap pendapatan.

“Tahap pendapatan tidak naik (walaupun) produktiviti atau pelaburan meningkat. Kami perlu memberi tumpuan kepada isu ini; inilah yang saya laksanakan dalam perkhidmatan awam. Kami menaikkan gaji penjawat awam, yang telah tidak diberi perhatian sejak 12 tahun lepas.

“Kita perlumenjaga pekerja kita. Kemudian, kita boleh menggunakan dorongan moral terhadap konglomerat sektor swasta. (Sebagai contoh), jika anda mencatatkan keuntungan antara RM1 bilion dan RM4 bilion, anda tidak boleh (mewajarkan) membayar pekerja anda dengan cara sedemikian.

“Oleh itu, saya rasa perlu ada tekanan untuk menaikkan tahap pendapatan kerana, walaupun terdapat kebimbangan mengenai harga, ia adalah kerana gaji yang rendah,” kata beliau kepada CNBC dalam satu temu bual.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) melaporkan kadar inflasi Malaysia pada Ogos 2024mereda kepada 1.9 peratus tahun ke tahun,beradasedikit di bawah jangkaan.

Menurut DoSM, inflasi pada Ogos didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran danperkhidmatan penginapan (3.2 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial danpelbagai barangan danperkhidmatan (3.2 peratus); perumahan, air, elektrik, gas danbahan api lain (3.1 peratus) serta rekreasi, sukan dan kebudayaan (2.0 peratus).

Mengenai gaji penjawat awam,Anwar telah mengumumkan kenaikangaji sebanyak15 peratuskepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional sertapelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Jan2026 bagi Fasa 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *