Kerajaan MADANI Pulihkan Keyakinan Pelabur Melalui Usaha Basmi Rasuah – PM Anwar

bd705ee64850d75e25d9f28a4dc9ae4f67009fde7f048Kredit CNBC

KUALA LUMPUR, 5 Okt(Iteenews) — Komitmen kerajaan MADANI untuk memerangi rasuah yang telah menjadi endemik memulihkan keyakinan pelabur domestik dan asing dengan ketara, sekali gus membawa kepada peningkatan pelaburan baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebimbangan utama beliau dalam tempoh awal memegang jawatan tersebut ialah memulihkan reputasi negara, terutamanya berikutan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Dalam tempoh awal, semuanya mengenai perkaraitu. Bagaimana untuk menangani isu? Bagaimana pula dengan tadbir urus? Bagaimana dengan apa yang mereka anggap rasuah yang telah menjadi endemik, berdasarkan pengalaman 1MDB dan pelbagai skandal lain? Misalnya, pemimpin terdahulu, apabila menjadi Menteri Kewangan atau Perdana Menteri, menjadi bilionair.

“Ini perlu dihentikan,”kata beliau kepada CNBC dalam satu temu bual.

Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.

“Tanpa kepercayaan dan keyakinan, orang tidak akan melabur dalam jumlah yang besar. Ini melainkan mereka mempunyai pengaturan rasuah dengan anda, mereka akan meneruskannya.

“Bagaimanapun, ini perlu dihentikan. Amalan itu telah dihentikan walaupun kami masih meneruskan misi ini (kerana)perjuangan menentang rasuah perlu dilaksanakan sepenuhnya,” kata beliau.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menekankan kepentingan menarik pelaburan berimpak tinggi, terutamanya dalam kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.

Beliau mengakui Malaysia telah mencatatkan peningkatan pelaburan dalam pusat data disebabkan bekalan tenaga dan air yang mudah diakses tetapi menekankan keperluan untuk beralih tumpuan kepada teknologi yang lebih maju untuk meningkatkan status ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *