etiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin (dua, kanan) pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang di Dewan Kompleks Perdana malam ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim (dua, kiri).–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin bersalaman bersama anggota parti ketika hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang di Dewan Kompleks Perdana malam ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim (dua, kiri).–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
GUA MUSANG, 3 Okt (Iteenews) –Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa kesepakatan dalamkalangan partiyang menganggotai Perikatan Nasional (PN) kini semakin longgar.
Shamsul Iskandar yang jugaSetiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataperpecahan dalaman PN itudapat diukur melalui prestasigabungan parti pembangkang itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Mahkota.
Beliau berkata pada masa sama, parti komponen di bawah Pakatan Harapan (PH) pula dilihat semakin serasi dengan parti-parti politik yang bersama-sama PH membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk UMNO.
“Saya fikir rakyat boleh menilai hasil kerjasama (PH-Barisan Nasional) yang mantap di peringkat akar umbi iniwalaupun terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan keberadaan PKR dalam PH-BN.
“Kesepakatan ini dapat diterjemahkan dengan kemenanganbesar di PRK DUN Nenggiri serta majoriti yang melebihi jangkaan disasarkan parti di DUN Mahkota,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Gua Musang di Dewan Kompleks Perdanadi sinimalam ini.
Beliau berkata kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan merupakan satu agenda politik yang stabil.