KUANTAN, 4 Okt (Iteenews) –Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang melakukanpenstrukturan semulaMajlis Pimpinan Negeri (MPN) menerusi satumesyuarat yang diadakan 23 Sept lepas.
Penstrukturan itu dibuat selaras pelantikan baharuPengerusi MPN PKR PahangRizal Jamin oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahimmelalui Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 15 Sept lepas.
Rizal sebelum ini merupakanTimbalan Pengerusi PKR Pahangmenggantikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh yang dilantik sebagaiSetiausaha Agung PKR yang baharu.
Rizal yang juga Ketua Cabang Lipis berkata menjadi harapan beliau agar barisan kepimpinan yang dipilih kali ini dapat menjayakan hasrat dan kehendak presiden parti menerusi agenda MADANI.
"Sayapercaya bahawa pasukan yang dibentuk ini adalah kesinambungan daripada kepimpinan yang terdahulu semasa PKR Pahangdikemudi Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor) dan Fuziah," katanya dalam kenyataan hari ini.
MPN itu dianggotai Penasihat PKR Pahang yang terdiri daripada Amirudin, Fuziah dan PengerusiMyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman.
Ketua Cabang KuantanFakhrul Anuar Zulkawi dipilih sebagai Timbalan Pengerusi, manakala bagi jawatan Naib Pengerusi dibarisiPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang, Ahli Dewan Negara Manolan Mohamad dan Ketua Cabang Kuala Krau Mohamad Hafeez Harun.
Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Chan Chun Kuang kekalsebagai Ketua Angkatan Muda KeadilanPahang dan Haslindalina Hashim sebagai Ketua Wanita Negeri selain Farahida Fauzi sebagai Setiausaha PKR Negeri.