PBS, STAR Tetap Komited Beri Sokongan Kepada GRS – Joniston

f34111714fde0c576776ef293c5d71ab66ffdf338a546Kredit: FB – Joniston Bangkuai

KOTA KINABALU, 4 Okt (Iteenews) — Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tetap komited dalam memberi sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai menerusi kenyataan hari ini berkatadakwaan kononnya dua parti komponen GRS berkenaan ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datangadalah tidak berasas.

“Apa yang dilaporkan tidak lebih daripada spekulasi yang dijaja pihak tidak bertanggungjawab dengan niat jahat untuk memecahkan perpaduan yang kukuh dalam GRS,” katanya yang juga Ketua Penerangan PBS.

Baru-baru initular hantaran Facebook oleh Ketua Bahagian PBS PetagasAzmi Ahmad yang mendakwa gabungan PBS, STAR dan Warisan akan dilakukanmenjelang PRNSabah akan datang.

Selain PBS dan STAR, parti komponen GRS yang lain ialahParti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Joniston berkata Hajiji dan pemimpin parti komponen GRS juga kerap melakukan pertemuan bagimenangani isu negeri dan parti, sekali gus mencerminkanperpaduan yang kukuh dalam gabungan itu.

Beliau berkata Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam komitedterhadap GRS, malah pada mesyuarat Majlis Pimpinan Bersama (JLC) PBS-STAR baru-baru ini, kedua-dua pihak turut menekankan keperluan menyelaraskan usaha bagi mengukuhkan GRS.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian PBS PetagasNg Tze Tsai dalam kenyataan berasingan berkata hantaran yang dilakukan oleh Azmi tidak mewakili pendirian PBS atau Bahagian PBS Petagas tetapibersifat pandangan peribadi.

“Kami komited untuk memberi sokongan kepada GRS di bawah pimpinan Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *