PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Faris Choii yang direman selama dua hari bermula Ahad lalu mendapat ‘bebelan’ awal daripada isterinya selepas keluar dari balai polis, hari ini.
Dalam satu klip video yang kini tular di media sosial itu menyaksikan usahawan terkenal itu telah dimarahi oleh isterinya selepas ditahan reman susulan melakukan aksi ‘drift’ di sebuah lebuh raya di Pulau Pinang pada awal pagi Sabtu lalu.
“Kalau nak buat benda (perkara) tu fikir la saya dulu, macam mana awak dekat dalam, saya dengan anak dekat luar. Awak fikir apa?
“Siapa nak jaga saya dengan anak. Nak buat ‘drift’ tu cari la tempat betul. Fikir masak-masak dulu sebelum buat tindakan,”jelas isterinya dalam klip video berdurasi 1 minit 7 saat itu.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pempengaruh media sosial dan 14 individu lain direman dua hari bagi membantu siasatan selepas ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan pada awal pagi Sabtu.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret M. Yegeshweriy di Mahkamah Majistret Balik Pulau kelmarin.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pempengaruh TikTok berusia lingkungan 20-an yang juga seorang ahli perniagaan itu ditahan semasa melakukan aksi ‘drift’ di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas. – https://amiminerals.org/
@mediadeliveryplus Keluar dari balai terus kena bebel. Mohon tabah naaa 😂 #sembangentertainment #artismalaysia #farisazri #farischoii #fyp ♬ Seruling Kalonaho – vmozjr