LIPIS – Sebuah treler yang sarat dengan muatan minyak sawit hilang kawalan dan terbabas ke dalam anak sungai Lubuk Gayong, Benta, di sini hari ini.
Kejadian tersebut menyebabkan muatan minyak sawit seberat 42 tan mengalir ke dalam anak sungai berkenaan selepas tangkinya pecah.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika treler berkenaan dalam perjalanan dari Kilang Sawit Felcra Jaya Putra di Jerantut menuju ke Semenyih, Selangor.
“Treler dipandu lelaki berumur 36 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyebabkan tangki treler itu tergolek masuk ke dalam anak sungai,”katanya di sini hari ini.
Menurut Ismail, pemandu treler yang berasal dari Felda Jengka 11, Jerantut yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Benta untuk rawatan lanjut. – https://amiminerals.org/
View this post on Instagram