Naratif Kukuh Kerajaan Dorong Ringgit Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Dunia – Rafizi

7ede96f8dd25167702c3a639252af24b66fc069a34d7f Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bersama Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun 2024 di Pusat Konvensyen MBSA, hari ini.

SHAH ALAM, 1 Okt (Iteenews) –Langkah mengguna pakainaratif bersesuaiandan keberanianmelaksanakan beberapa keputusan yang sukar telah menyumbang kepada peningkatan ringgit untuk muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik dunia berbanding dolar AS, kataMenteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranyasemua pihak memfokuskanuntuk meningkatkan prestasi ringgit.

"Kita telah menyaksikan pengaliran wang ke pasaran saham kita sejak Julai tahun lepas, dan sebahagiannya berikutan kita telah menyediakan naratif bersesuaiandan melakukan beberapa keputusan yang sukar.

“Jika kita terus melaksanakan sesuatu yang betul–walaupun terdapat cabaran atau kritikan yang kita hadapi — dan fokus kepada kekuatan kita untuk mengekalkan kelebihan daya saing yang menarik ramai ke sini, kita sewajarnya dapat mengharungi apa sahaja ‘eksternaliti' tidak dirancangyang berlaku," katanya.

Rafizi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus RMK13 bersama Kerajaan Negeri Selangor yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di sini hari ini.

Beliau berkata prestasi semasa ringgit telah meningkatkan keyakinan pelabur dunia dan antarabangsa terhadap Malaysia, yang perlu dimanfaatkan oleh perniagaan dan pemain industri.

“Pelabur antarabangsa dan dunia yakin dengan kita dan mereka memberi tumpuan kepada Malaysia pada masa ini. Kita perlu meminta semua pihak untuk merebut peluang ini.

“Saya berharap kita boleh mengekalkan tumpuan dan sekiranya usaha ini berterusan,kita akan dapat menyaksikanMalaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang berakhirnya RMK-13,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *