Lelaki herdik petugas ambulans berhenti tepi jalan

marah petugas ambulans

Lelaki tersebut memarahi anggota kecemasan yang sedang memberi rawatan awal kepada pesakit. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang lelaki di Jakarta memarahi petugas kecemasan kerana memberhentikan ambulans di tepi jalan sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya, lapor laman berita Tribun Jateng.

Berdasarkan video tersebut, lelaki berkenaan dilihat mengarahkan petugas ambulans agar mengalihkan kenderaan mereka ke kawasan lebih lapang.

Namun, apa yang menjadi kecaman ramai adalah petugas ambulans ketika itu sedang memberi rawatan awal kepada seorang pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pesakit ini tidak sedarkan diri,” kata seorang petugas wanita.

Namun, lelaki berkenaan tidak menghiraukan alasan tersebut, sebaliknya dia terus mengarahkan pemandu ambulans mengalihkan kenderaannya.

“Bukankah awak boleh mengalihkan kenderaan ke situ,” katanya sambil menunjuk ke arah kawasan yang lebih luas di tepi jalan.

Anggota kecemasan kemudian bertegas bahawa mereka perlu merawat pesakit terlebih dahulu bagi menyelamatkan nyawanya.

“Awak menyebabkan jalan sesak. Apa salahnya alihkan (ambulans),” jawab lelaki itu lagi.

Petugas kecemasan akhirnya terpaksa akur dengan arahan tersebut kerana enggan terus bertelagah.

Video tersebut dimuat naik di laman Instagram dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kalau encik sakit, jangan panggil ambulans ya. Padahal anggota kecemasan sudah menjelaskan mahu memberi rawatan awal dahulu, bermaksud ia benar-benar kecemasan. Semoga encik terus sihat,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *