Untung Bersih Yinson Turun Kepada RM203 Juta Bagi Suku Kedua

4e29f2d90d65e35edf6aa255e15eb81f5e842f75edccb

KUALA LUMPUR, 30 Sept(Iteenews) — Yinson Holdings Bhd (Yinson) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu RM203 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai, 2024berbandingRM230 juta yang dicapai pada suku sama tahun kewangan 2024.

Perolehanjuga turun kepada RM2.14 bilion daripada RM3.11 bilion bagi tempoh yang sama,terutamanya disebabkansumbangan yang lebih rendah daripada aktiviti perniagaan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pengoperasian(EPCIC).

Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Yinson menjelaskan iniberikutan kemajuan rendah yang dicapai oleh unit penyimpanan dan pemindahan pengeluaran terapung (FPSO) yang sedang dibina pada suku tersebut.

Bagi separuh pertama tahun kewangan2025, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM406 juta berbanding RM438 juta dalam tempoh sama tahun kewangan sebelumnya manakala perolehan merosot kepada RM4.36 bilion daripadaRM6.13 bilion.

Mengenai prospek, Yinson memaklumkan pasaran FPSO merekodkan permintaan kukuh untuk kontraktor seperti Yinsonyang mempunyai kelebihan dalam teknologi pengurangan karbon selain rekod prestasi penghantaran tepat masa serta prestasikeselamatan dan operasi yang baik.

“Permintaan terhadapFPSO adalah positif dengan peningkatan kebenaran projek di seluruh dunia khususnya dari Brazilyang merupakan pusat permintaan FPSO tertinggi, diikuti oleh Afrika Barat.

“Apabila FPSO Atlanta, FPSO Maria Quitéria dan FPSO Agogo memulakan tempoh carter dalam satu atau dua tahun akan datang, syarikat akan beralih ke fasa pertumbuhan yang stabil, selainbersedia mencatatkan aliran pendapatan yang stabil dan terjamin bagi beberapa dekad akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, Yinsonjuga mengisytiharkan dividen interim kedua satu peringkatsebanyak satu sen setiap saham bagitahun kewangan2025, dengan tarikh kelayakan dan pembayaran akan ditentukan kemudian.

Semasa rehat tengah hari Isnin, harga saham Yinson turun empat sen kepada RM2.64 sesaham dengan 1.49 juta saham diniagakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *