Kerajaan Masih Tanggung Perbelanjaan Subsidi Diesel – Rafizi Ramli

4b2fe696b71a9266b221ca6a90b436fc66fabff11658f–fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Iteenews) — Kerajaan masih lagi menanggung perbelanjaan pemberian subsidi diesel pada masa ini kepada sektor-sektor yang layak, menurutMenteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Dalam Audio Siar‘Yang Bakar Menteri’ (YBM) Episod Keenam, beliau berkatawalaupun harga diesel diapungkan, masih terdapatsektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan, pengangkutan awam serta industri logistik.

“Sekarang ini (subsidi diesel) tidak diapungkan 100 peratus, iahanya melibatkan pengguna persendirian sahaja.

“Dan jumlah keseluruhan kepada kerajaan itu masih lagi signifikan kerana kita tidak menghapuskan subsidi, kita hanya menyasarkan sahaja,” katanya bagi menjawabsoalanLim Sian See atau nama sebenarnya DatukEricSee-Tomengenai harga runcit diesel yang tidak mengikut harga pasaran semasa.

Kementerian Kewangan sebelum ini menyatakan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel melibatkan penetapan harga mengikut harga pasaran.

Pada 10 Jun2024, kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api dieselpada RM3.35 seliter bermula di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata lebihan wang daripada perbezaan harga diesel dengan harga semasa digunakan untuk membayar subsidi yang masih lagi diberikan oleh kerajaan kepada golongan sasar.

“Oleh itu, kalau ada perbezaan dari segi harga mingguan itu, ada masanya akan jadi lebih dan ada masanya kurang, jadi kesan bersih daripada lebih atau kurang harga itu masih lagi menjadi perbelanjaan utama kerajaan dalam bentuk subsidi diesel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *