PRK Mahkota bukti rakyat tolak politik sempit pembangkang – Saifuddin

WhatsApp Image 2023 02 18 at 2.40.56 PM

Saifuddin Nasution.

PETALING JAYA – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam telah memberi isyarat kepada bahawa “formula perpaduan”diterima oleh rakyat dan harus dipertahankan serta digunakan dalam siri pilihan raya akan datang khususnya PRU-ke16.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan calon Kerajaan Perpaduan memenangi kerusi DUN Mahkota dengan kemenangan bergaya membuktikan penerimaan rakyat terhadap gabungan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah juga membuktikan rakyat menolak politik sempit, politik perkauman, politik agama yang dibawa pembangkang untuk mencetuskan kegusaran rakyat.

“Walaupun pelbagai sentimen dimainkan pembangkang, namun ternyata rakyat tidak terpengaruh dengan politik sempit dibawa pembangkang,”katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambah Menteri Dalam Negeri itu lagi, beliau melihat kesepaduan yang terjalin antara jentera perpaduan membabitkan BN dan Pakatan Harapan (PH) PKR, DAP dan AMANAH.

“Pujian harus diberikan kepada jentera PH yang saya lihat mereka bersungguh-sungguh bekerja bersama dengan jentera BN untuk memenangkan calon BN dari UMNO.

“Tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kejayaan luar biasa ini dan kepada Syed Hussein selamat berkhidmat, jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab,”katanya. – https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *