Tiga maut, lima cedera kemalangan tujuh kenderaan

tiga maut nahas

KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 42 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong hari ini.

BENTONG – Tiga maut manakala lima cedera dalam kejadian kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 42 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini hari ini.

Kejadian kira- kira pukul 4 pagi itu turut menyebabkan sebuah treler musnah 100 peratus terbakar.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Ridzuan Zulkafly, 36, Muhamad Zaimi Shariff, 35, dan Muhamad Azizul Fitrie Md. Zairi, 23.

kemalangan maut nahas tiga maut
KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kemalangan melibatkan empat buah kereta, sebuah lori dan dua buah treler.

“Terdapat mangsa terdiri sembilan lelaki dewasa dan empat perempuan dewasa yang terlibat di dalam kemalangan tersebut.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan sebuah lori treler terbakar dan anggaran peratusan kebakaran adalah 100 peratus,”katanya. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *