JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Gresik, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian pengguna media sosial kerana melangsungkan majlis perkahwinan secara sederhana tanpa pelamin, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @putri.wedding, pasangan pengantin itu dilihat duduk di atas kerusi plastik berwarna merah.
Kerusi tersebut dijadikan sebagai pelamin tanpa sebarang perhiasan dan hanya berlatarbelakangkan kawasan rumah.
“Majlis perkahwinan sederhana tanpa pelamin dan dekorasi mewah, bukan jadi penghalang,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan bersama 22,700 tanda suka.
“Yang penting selepas berkahwin! Cukup makan dan tidak berhutang,” kata seorang netizen.
“Definisi sebenar bahagia tidak perlu mewah,” kata netizen lain. – AGENSI