Oleh Wong Chun Wai
KUALA LUMPUR, 29 Sept(Iteenews) –Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Ringgit Malaysia, yang terus mencatatkan aliran meningkat, melonjak kepada paras tertinggi berbanding dolar AS sejak Mac 2022.
Ia bukan sahaja mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di rantau ini malah menunjukkan pengukuhan paling ketara di peringkat dunia pada bulan ini susulan penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
Perjalanan negara dalam mengatasi cabaran dan mencapai pertumbuhan pesat, disokong oleh ekonomi yang berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh 19 bulan lepas,telah menarik perhatian global.
Tidak dapat dinafikan bahawa kestabilan politik negara di bawah Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim antara sebab utamakejayaan ekonomi Malaysia berbanding Thailand dan Indonesia, yang mengalami kegawatan politik.
Baru-baru ini, ringgit naik kepada paras tertinggi dalam tempoh 30 bulan pada 4.1815 berbanding dolar AS. Ia ditutup pada 4.1230/1280 pada Jumaat lepas.
Kini, terdapat spekulasi bahawa ringgit boleh meningkat hingga RM4 berbanding dolar AS apabila BMI, unit Kumpulan Fitch, menyemak semula unjuran ringgit untuk akhir tahundaripada 4.55 berbanding dolar AS kepada 4.0, mencerminkan prestasi mata wang tempatan yang kukuh pada suku ketiga 2024.
Selepas tempoh enam bulan, BMI turut mengunjurkan ringgit akan mengukuh sebanyak sembilan peratus pada tahun depan, mencecah 3.55 berbanding dolar AS pada akhir 2025.