Setiausaha Agung DAP Anthony Loke (kiri) yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berbincang sesuatu dengan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal Ke-20 hari ini.
SEREMBAN, 29 Sept (Iteenews) — Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam membuktikan formulakerjasamadalam Kerajaan Perpaduanberjaya menyatukan sokongan daripada semua kaum.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata meskipun kerusi itu diwakilicalon BN,namun kejayaan Syed Hussien Syed Abdullah memenangi semua daerah dan saluran mengundi merupakan kemenangan kepada kesemua parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang turut sama berkempen pada PRK itu.
“Ini membuktikan bahawa kita boleh menyatupadukan rakyat pelbagai kaum untuk menyokong agenda Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikanKonvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke-20 di sini hari ini.
PRK DUN Mahkota menyaksikan Syed Hussien menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dengan majoriti 20,648 undi, sekali gus mengekalkan BN di DUN berkenaan.
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata meskipun meraih kejayaan besar, semua pihak tidak boleh berpuas hati kerana perlu mengambil kira sentimen pengundi yang boleh berubah pada bila-bila masa.
“Ini petanda positif, tetapi kita kena faham sentimen pengundi, kena ambil maklum ada sebahagian tidak keluar mengundi, adakah mereka juga sokong kita atau tidak, perubahan sentimen pengundiboleh berlaku dengan cepat, kita perlu berusahadengan capai prestasi yang baik,” katanya.
Ditanya sama ada DAP cenderung untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Johor selepas kemenangan itu, Loke berkata: "Kerajaan Johor dibentuk sebelum Pilihan Raya Umum lepas, apa sahaja kerjasama dalam PRU kita tentukan pada masa berkenaan, setakat ini kita tidak meminta apa-apa bentuk Kerajaan Perpaduan”.
Di IPOH, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Nga Kor Ming berkata keputusan PRK itu menunjukkan rakyat sudah muak dengan isu 3R (kaum, agama dan raja) dibawa pembangkang, sebaliknya mahu kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara yang kini berada pada tahap lebih baik.
Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Biasa Pemuda Sosialis Parti Demokratik Malaysia (DAPSY) Negeri Perak 2024, Nga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan harus mencari jalan untuk meyakinkan pengundi bukan Melayu untuk keluar dalam sebarang pilihan raya.